TIPS BELA IKAN LAGA UNTUK BEGINNER

 


Assalamualaikum dan Salam sejahtera untuk semua. Hari ini Ana just nak share pengalaman Ana as newbie dalam dunia ikan laga. Actually minat nak bela ikan laga ni lama. Baru baru ni je Ana berjinak dalam dunia Betta ni. Cuma Ana as newbie tak tahu macam mana n apa ana perlu lakukan. Hopefully apa yang Ana share dapat membantu sedikit sebanyak untuk Newbie seperti Ana yang nak bela ikan laga. 

Pada Ana, nak jaga ikan laga ni bukan lah susah. Nak kata senang pon tak boleh jugak. Depends tengok pada Tuan. Kalau setakat satu or dua ekor tu mungkin ok la. tapi kalau kata lebih dari 10 ekor, Kalau tak minat sangat tu mungkin leceh sebab nak tengok and nak tukar air ambik masa. Haha.. tapi lama lama tau la cara cepat tukar air. hehe

Ok berbalik pada tajuk asal, pada Ana benda yang korang kena ada dan tahu adalah  jenis air , jenis bekas , makanan ikan & sauk ikan.Untuk pengetahuan anda, ikan laga ni senang nak jaga tetapi ikan laga ni sangat sensitif. Means ikan ni tak stress. Apa apa melibatkan surrounding ikan akan bagi effect dekat ikan anda.


As beginner mesti perkara pertama korang fikir jenis air apa yang sesuai ? Awas, nilai pH air tak boleh tinggi sebab habitat asal ikan ini adalah paya air tawar. Jadi penggunaan air tapis sangat digalakkan sebab memudahkan. Kalau nak guna air paip pon boleh tetapi anda kena guna ubat anti klorin. Ingatnya, nilai pH air yang tinggi akan buat ikan laga anda tak aktif. Bila tak aktif, kalau di biarkan sahaja ikan boleh mati. BTW, air ikan kena tukar at least la paling teruk seminggu sekali bergantung pada bekas anda. Makin kecil bekas anda makin kerap anda kena tukar air. Air ikan yang kotor boleh mendatangkan penyakit pada ikan. Seeloknya setiap 3 hari tukar air. 



Untuk bekas ikan , korang boleh cari dekat kedai perhiasan ikan, DIY atau pun untuk kos murah korang boleh pergi kedai ECO cari balang yang besar. Contoh nak bagi faham balang letak kuih. Baru RM2.10 sahaja. Pastikan pemilihan bekas adalah lutsinar senang untuk anda tengok ikan anda and if can ruang kena besar bukan sempit. Bayangkan korang jadi ikan laga, nak gerak sana sini tapi ruang kecil. Mesti stress kan, macam tu jugak apa yang ikan tu rasa. haha



Untuk pemilihan makanan ikan pula, korang boleh bagi hidupan hidup contoh macam jentik jentik atau nak mudahkan bagi je pelet ikan. Ada macam macam jenis brand. Boleh try and error tengok ikan korang makan atau tak. Info tambahan, ikan laga ni tak boleh kenyang sangat okay. Kalau kenyang sangat boleh datang penyakit perut kembung (bloated) , sembelit dan kalau tak pantau boleh jadi dropsy. Nak tahu ikan kena Dropsy tu macam mana? Dropsy tu bila korang tengok sisik ikan korang macam nenas. haa hati hati okay. at least la kalau bagi pelet tu sehari 5 - 10 biji pelet. tapi ni cara ana la. Dalam satu masa jangan bagi banyak terus. sket sket. 


Last but not least, pada ana sauk ikan tu penting. sebab macam Ana senang nak sauk letak bekas lain bila Ana nak cuci bekas and tukar air ikan. Boleh je pegang dengan tangan tapi kalau ada sauk kan mudah dan cepat kerja. 

Pada Ana as beginner ini perkara asas la kena tahu. Tetapi bila korang dah bela ikan make sure cari lagi ilmu. Sebab bela bukan sekadar bela shj. Make sure ambik berat juga tentang kesihatan ikan. Ikan pun macam manusia jugak. Ada time sihat ada time sakit. So make sure cari ilmu ok. Malu bertanya sesat jalan. HAHA sekian wasalam :)



Comments